UTAMA

Tabung Pelaburan Khas (TPK)

(Dulu dikenali sebagai Tabung Simpanan Khas- TSK)

 

Kepada Pelabur Tabung Pelaburan Khas KUTMB,

Dengan ini dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penasihat Syariah KUTMB telah mengesahkan bahawa Pelaburan secara Pembiayaan dalam TSK adalah dikira sebagai kontrak Fasid kerana pelaksanaannya bercanggah dengan Maqasid Syariah. Maka dengan itu hukumnya ia perlu ditamatkan atau difasakhkan. Namun begitu tabung pelaburan tersebut kini dinamakan sebagai Tabung Pelaburan Khas (TPK) dan beroperasi seperti sedia ada.

Demi menjaga keadilan kepada pelabur dan juga KUTMB, pelabur akan mendapat balik hak mereka iaitu wang tunai yang telah dibayar kepada TPK berserta keuntungan pelaburan yang telah dijanjikan oleh koperasi. KUTMB juga bersetuju memulangkan semula wang proses, duti setem dan wang sekuriti atas pembiayaan (insurans) yang telah dibayar oleh pelabur.

Sehubungan dengan itu juga kontrak baru pelaburan akan dibuat bagi pelabur yang masih ingin meneruskan pelaburan TPK. 

Untuk mengetahui anggaran pelaburan tunai anda, sila rujuk gambar dibawah.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Anda berada di sini:UTAMA TABUNG PELABURAN KHAS (TPK)