UTAMA

Makluman kepada semua pelabur Tabung Pelaburan Khas (TPK)
(Dulu dikenali sebagai Tabung Simpanan Khas- TSK)

 

Kepada Pelabur Tabung Pelaburan Khas KUTMB,

Adalah dimaklumkan bahawa penyata pelaburan tunai semua pelabur boleh di akses secara online atau boleh didapati dari Unit Pembiayaan dan Pelaburan (UPP) Koperasi UTM Berhad mulai 27 April 2017. Pelabur adalah dinasihatkan untuk menyemak penyata tersebut dan memaklumkan kembali kepada urusetia di UPP KUTMB jika terdapat pembayaran yang tidak dikemaskini dalam penyata.

Bagi pelabur yang ingin mengeluarkan keuntungan, anda perlu membuat tindakan berikut :

1) Mendapatkan penyata pelaburan
2) Melengkapkan borang pengeluaran keuntungan pelaburan dengan menyatakan amaun yang ingin dikeluarkan.
3) Menyerahkan borang tersebut kepada UPP

Bagi pelaburan secara pembiayaan, pembayaran yang dibuat setiap bulan tidak lagi dikira sebagai pembayaran pembiayaan sebaliknya adalah merupakan pelaburan tunai dan telah dikemaskini dalam sistem sehingga April 2017. Dengan ini juga semua pembiayaan pelaburan yang terdahulu adalah ditamatkan. Manakala bagi kes khas, perubahan bagi amaun potongan gaji yang baru juga dibuat mulai Mei 2017. Koperasi akan menghubungi pelabur bagi kes tersebut.

Pengeluaran pelaburan akan dibenarkan mulai Mei 2017 dan pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai Mei 2017. Bagaimanapun tempoh pembayaran adalah bergantung kepada kemampuan kewangan memandangkan koperasi masih menerima permohonan pembiayaan yang tinggi setiap bulan.

Tabung Pelaburan Khas (TPK) tunai 2017 akan dikira setelah pelabur membuat pengeluaran berdasarkan penyata yang telah dikemaskini. Sebarang kemusykilan sila hubungi Koperasi UTM Berhad di talian 07 - 557 4922.

Anda berada di sini:UTAMA MAKLUMAN UNTUK SEMAKAN PENYATA ONLINE