UTAMA

Assalamualaikum wrh wbt,

 

Notis Makluman : Pembayaran Dividen Modal Syer

 

Sukacita dimaklumkan bahawa dividen atas Modal Syer (7%) akan dibayar sebelum pertengahan November 2017 manakala tarikh pembayaran Dividen atas Modal Yuran Anggota (3%) akan diberitahu kelak.

 

Sehubungan dengan itu, semua Anggota KUTMB diminta untuk mengemaskini maklumat peribadi dan akaun bank bagi tujuan pembayaran dividen modal-modal tersebut. Bagi tujuan pembayaran dividen, hanya maklumat bank ahli koperasi yang diperlukan namun begitu kami mohon kerjasama anggota untuk turut melengkapkan maklumat lain seperti nama dan nombor kad pengenalan waris. Pengemaskinian maklumat tersebut amatlah penting untuk diisi kerana pihak KUTMB perlu melengkapkan  maklumat data anggota di portal  Suruhanjaya Koperasi Malaysia secara online.

 

Kemaskini boleh dibuat secara atas talian di http://upp.kutmb.coop/ melalui telefon bimbit/ komputer.

 

Tarikh tutup kemaskini dibuat adalah sehingga 6hb November 2017 (Isnin). 

 

Dividen bagi anggota yang mengemaskini selepas tarikh tutup secara automatik akan dimasukkan kedalam Akaun Modal Yuran.

 

Bagi anggota yang telah mengisi borang kemaskini sebelum ni, Sila email maklumat akaun bank kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau whatsapp kepada nombor rasmi ibu pejabat koperasi 0177673520 dengan mengisi maklumat akaun bank mengikut format seperti di bawah:

NO.PEKERJA       :

NAMA BANK      :

NO. AKAUN        :

 

 

Sekian, terima kasih.

 

'Koperasi Teguh, Anggota Sejahtera

Anda berada di sini:UTAMA NOTIS MAKLUMAN : PEMBAYARAN DIVIDEN MODAL SYER