UTAMA

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera,

 

Merujuk kepada perjumpaan bersama pelabur Tabung Simpanan Khas (TSK) di UTM, Johor Bahru pada 13 November 2017 dan pelabur di UTM, Kuala Lumpur pada 17 November 2017, terdapat DUA keputusan yang berbeza bagi kaedah pembayaran semula kepada pelabur. Selain itu, bilangan pelabur yang hadir pada sesi perjumpaan di kedua-dua tempat perjumpaan itu juga agak tidak memberansangkan iaitu kehadiran para pelabur tidak sampai 50%.

Kerjasama daripada pelabur TSK adalah dipohon untuk memilih kaedah pembayaran semula pelaburan. Ahli Lembaga Koperasi UTM (ALK) akan membuat keputusan MUKTAMAD mengenai kaedah pembayaran balik pelaburan yang akan digunapakai dengan mengambil kira keputusan Mesyuarat Khas ALK yang diadakan pada 28/12/2017, bersama persetujuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta hasil undian.

Justeru, pihak Koperasi UTM Berhad (KUTMB) telah menyediakan platform undian secara online khas kepada pelabur TSK untuk membuat undian bagi memilih salah satu kaedah yang dicadangkan iaitu:

Untuk makluman, pihak KUTMB sedang melakukan usaha untuk mempertingkatkan kecairan tunai. Sekiranya usaha ini berhasil, pihak KUTMB menjangkakan tempoh pemulangan semula pelaburan ahli (beserta dividen) akan boleh dilaksanakan dalam tempoh yang lebih singkat daripada 48 bulan.

Cara-cara untuk mengundi adalah seperti berikut:

  • Layari pautan http://undi.kutmb.coop/main/
  • Baca penerangan di menu tab ‘KAEDAH 1’ dan ‘KAEDAH 2’ serta ‘PERBANDINGAN
  • Lakukan undian anda di menu tab ‘UNDI

Setiap pelabur HANYA DIBENARKAN SEKALI SAHAJA untuk membuat undian terhadap kaedah-kaedah tersebut. Tarikh undian dibuka bermula 19/12/2017 (10.00 pagi) sehingga 28/12/2017(11.59 malam). Bayaran balik pelaburan dijangka boleh dibuat mulai hujung Januari 2018. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak KUTMB di talian 07-557 4922.

Anda berada di sini:UTAMA SISTEM UNDIAN KAEDAH PEMBAYARAN TSK (19/12/2017 - 28/12/2017)