GERAKAN KOPERASI

 

Apa itu Koperasi?

Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawah Akta 502 (Akta Koperasi 1993) . Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan manusia berasaskan semangat dan usaha kerjasama untuk memajukan kepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.

 

Bilakah Gerakan Koperasi Bertapak di Malaysia?

Koperasi yang pertama ditubuhkan di Malaysia ialah Syarikat Bekerjasama-sama Kampung Tebuk Haji Musa, Kerian Dengan Tanggungan Tidak Berhad, manakala koperasi yang pertama didaftarkan pula ialah The Federated Malay States Posts and Telegraphs Cooperative Thrift and Loan Society Limited (Bil. Pendaftaran: 1/21-07-1922). Koperasi di Kerian itu telah dibatalkan manakala Koperasi Pos dan Telegraf sekarang dinamakan KOTAMAS atau Koperasi Kakitangan Telekom Malaysia Berhad.

Gerakan Koperasi di Sarawak bermula pada 3 Mei 1949 manakala di Sabah ianya diperkenalkan mulai tahun 1959. Pada asalnya Undang-undang Koperasi yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak adalah Ordinan Koperasi 1949 (Cap. 66 of The Laws of Sarawak) dan Ordinan Koperasi No. 3/1958 of Sabah dan Kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya. Ini berlaku sehingga Akta Koperasi 1993 (Act 502) dikuatkuasakan.

 

Anda berada di sini:UTAMA INFO AM GERAKAN KOPERASI