PEMBIAYAAN KEMUDAHAN BAINNAH

1. Tajuk

      1. Aturan-aturan ini dinamakan “Aturan Pembiayaan Kemudahan” Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
      2. Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 45(2)(w) Koperasi ini dan berkuatkuasa selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi.

2. Tafsiran

Di dalam aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maknanya, maka tafsiran berikut adalah dipakai:-

‘Koperasi’
maknanya Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
‘Anggota’
maknanya anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
‘Penjamin’
maknanya anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad yang mempunyai caruman berturutan dan menjamin anggota yang lain dalam perkara membuat pinjaman atau pembiayaan barangan.
‘Lembaga’
maknanya Lembaga Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.

3. Maksud

      1. Bagi maksud Aturan-aturan ini, pembiayaan kemudahan merupakan pinjaman yang dikeluarkan kepada anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad untuk digunakan bagi pelbagai tujuan.

4. Sumber Kewangan

Kewangan bagi pinjaman kemudahan ini adalah diperolehi daripada:-

      1. Yuran anggota
      2. Tabung pusingan pembiayaan

5. Syarat dan Kelayakan

Lembaga melalui Mesyuarat Agung telah menetapkan bahawa syarat asas dan kelayakan untuk membuat pembiayaan adalah:-

        1. Mestilah terdiri daripada anggota Koperasi ini dan mempunyai jumlah syer ditetapkan (RM500.00).
        2. Jumlah pembiayaan berdasarkan lapan (8) kali jumlah caruman pada kadarmaksimum RM 40,000.00 dan jumlah potongan bulanan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji anggota.
        3. Surat rayuan beserta dokumen-dokumen sokongan seperti penyata punca pendapatan yang lain, penyata bank 3 bulan terakhir dan penyata pendapatan pasangan hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan borang pinjaman apabila anggota memohon pembiayaan lebih daripada jumlah kelayakan.
        4. Tempoh maksimum bayaran balik pinjaman adalah selama 10 tahun dan bayaran perkhidmatan yang dikenakan seperti berikut :~

1-3 tahun = 4.5%4-10 tahun = 5.0%

      1. Permohonan semula pembiayaan (overlapping) hanya boleh dimohon sekurang-kurangnya setelah satu (1) tahun potongan gaji pembiayaan yang terdahulu.
      2. Pemohon juga boleh membuat overlapping dengan pembiayaan trading / elektrik.

6. Permohonan

Bagi tujuan membuat pembiayaan kemudahan ini, anggota dimestikan melalui proses-proses berikut :-

      1. Mengisi borang pembiayaan kemudahan yang disediakan termasuk butiran dua orang penjamin (jawatan setara atau lebih).
      2. Menyertakan salinan kad pengenalan bersama-sama dengan salinan slip gaji terkini dan juga penjamin (sebulan).
      3. Bagi anggota yang mempunyai jumlah caruman melebihi daripada jumlah pembiayaan iaitu berdasarkan 80% daripada jumlah caruman, maka permohonan pembiayaan boleh dibuat tanpa disertakan dengan penjamin.
      4. Menyatakan jumlah pinjaman yang dipohon mengikut kelayakan.

7. Proses dan Keputusan

      1. Lembaga mempunyai kuasa mutlak bagi meluluskan permohonan anggota untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan mengikut anggaran kelayakan atau lebih atas budi bicara pihak lembaga.
      2. Segala kelulusan dibuat di dalam Mesyuarat Lembaga yang diadakan sekali dalam sebulan bagi meluluskan permohonan pinjaman dan perkara-perkara berbangkit yang lain.
      3. Semua pemohon yang berjaya hendaklah membaca, meneliti, memahami dan menandatangani surat perjanjian pinjaman pembiayaan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
      4. Pemohon yang berjaya perlu membayar duti setem berjumlah 5% atas pembiayaan yang melebihi RM10,000.00 dan RM50.00 atas pembiayaan yang kurang daripada RM10,000.00    

8. Insurans

Skim insuran perlindungan pinjaman diwujudkan bagi melindungi pembiayaan anggota.

Anda berada di sini:UTAMA PEMBIAYAAN ATURAN PEMBIAYAAN KEMUDAHAN BAINNAH