PINJAMAN KEBAJIKAN AL - QARD

1. Tajuk

      1. Aturan-aturan ini dinamakan “Aturan Pinjaman Kebajikan” (Al Qard) Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
      2. Aturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 45(2)(w) Koperasi ini dan berkuatkuasa selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini.

2. Tafsiran

Di dalam aturan ini, melainkan ada sesuatu perkara atau perkataan yang berlainan maknanya, maka tafsiran berikut adalah dipakai:-

‘Koperasi’
maknanya Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
‘anggota’
maknanya anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
‘kecemasan’
maknanya kematian ahli keluarga, bencana alam, pembelajaran, ahli keluarga sakit, kemalangan, pembedahan dan pembelian ubat tertentu.
‘lembaga’
maknanya Lembaga Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.

3. Maksud

      1. Bagi maksud Aturan ini, pembiayaan kebajikan (Qardhul-Hassan) merupakan pembiayaan yang dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada anggota yang dalam kecemasan atau hal-hal munasabah yang boleh dipertimbangkan.
      2. Jumlah pinjaman yang diluluskan adalah sebanyak RM 600.00 yang mana pembayaran balik dibuat melalui potongan gaji sebanyak RM 64.00 sebulan dan tempoh maksimum selamasepuluh bulan.

4. Perlaksanaan

Skim ini dilaksanakan mengikut kaedah “AL QARDHUL-HASSAN” iaitu memberi hutang sejumlah wang tertentu dan diminta anggota membayar balik dalam tempoh tertentu dengan jumlah yang sama. Pembiayaan kebajikan ini hanya mengenakan bayaran wang proses sebanyak RM 40.00 kepada pemohon yang berjaya.

5. Syarat dan Kelayakan

Pihak Lembaga telah menetapkan bahawa syarat asas dan kelayakan untuk membuat pembiayaan kebajikan ini mestilah :~

  • Terdiri daripada anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
  • Mempunyai jumlah syer yang telah ditetapkan (RM 1000.00)
  • Tidak mempunyai baki pembiayaan kebajikan (Qardhul Hassan) yang dahulu.

 

6. Permohonan

Bagi tujuan memohon pembiayaan kebajikan ini, anggota dimestikan melalui proses-proses berikut :-

  1. Mengisi borang pembiayaan kebajikan yang disediakan tanpa perlu disertakan penjamin.
  2. Menyertakan salinan slip gaji terkini pemohon.

7. Proses dan Keputusan

  1. Kelulusan diberikan serta-merta kepada pemohon yang layak.

8. Sumber Kewangan

Sejumlah peruntukan tahunan yang diluluskan oleh Lembaga Koperasi ini.

Anda berada di sini:UTAMA PEMBIAYAAN ATURAN PINJAMAN KEBAJIKAN AL - QARD