PEMBIAYAAN AL - BAINAH

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan khas untuk anggota-anggota koperasi ialah kemudahan kredit. Selain membantu meringankan beban yang ditanggung oleh anggota, ianya juga merupakan antara sumber utama kewangan koperasi.

Pembiayaan yang ditawarkan ialah:

 

Pembiayaan Al - Bainnah

Pembiayaan kemudahan merupakan pinjaman yang dikeluarkan oleh Koperasi kepada Anggota-anggota yang mencarum dengan Koperasi yang berkelayakan dengan kadar faedah yang rendah.

Amaun maksima yang dibenarkan ialah RM 150,000.00

Caj perkhidmatan yang dikenakan ialah 4.1% setahun. Pembayaran semula dilakukan melalui potongan gaji. Kelayakan pembiayaan berdasarkan 8 kali caruman. Tempoh maksima pembayaran dihadkan kepada 120 bulan atau 10 tahun.

Caj pemprosesan ditetapkan pada RM50 untuk pinjaman sehingga RM 10,000, atau 0.5% bagi pinjaman melebihi RM 10,000.00.

 

Syarat & Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan Pinjaman Kemudahan, sepertimana yang disenaraikan dalam Aturan Pinjaman Kemudahan ialah:

      1. Anggota yang ingin memohon mestilah menjadi anggota Koperasi Universiti Teknologi Malaysia Berhad.
      2. Amaun yang dipohon haruslah tidak melebihi lapan kali daripada jumlah caruman, dan tidak boleh melebihi RM 150,000.00
      3. Jumlah potongan gaji anggota, termasuk potongan-potongan pinjaman terdahulu haruslah tidak melebihi 60% daripada gaji anggota.
      4. Insuran akan ditolak daripada jumlah pinjaman untuk menjamin koperasi sekiranya peminjam meninggal dunia.
      5. Jumlah modal syer hendaklah cukup RM1000.00.

 

Prosedur Permohonan

      1. Dapatkan borang permohonan pinjaman dari pejabat Koperasi UTM Berhad atau cetakborang yang dimuat turun dari laman web KUTMB.
      2. Isi borang permohonan dan sertakan bersama:
        • Salinan Kad Pengenalan pemohon
        • Salinan Penyata Gaji terkini (sebulan) pemohon dan penjamin, jika ada.
        • Dokumen-dokumen relevan seperti surat sokongan, dan sebagainya.
      3. Hantar borang permohanan dan dokumen-dokumen yang berkaitan ke pejabat koperasi yang terdekat.
Anda berada di sini:UTAMA PEMBIAYAAN PEMBIAYAAN AL - BAINAH