AR-RAHNU

Kami di Ar-Rahnu sentiasa memahami keperluan kewangan anda selain menghargai nilai barang kemas sebagai lambang hasil usaha gigh anda. Skim pajak gadai Islam kami menjanjikan suasana gadaian yang selesa, selamat, dan mesra pelanggan selain menawarkan margin gadaian yang tinggi untuk memenuhi keperluan wang tunai anda. 

Biarkan sesuatu yang bernilai dan sukar untuk anda perolehi membantu disaat anda memerlukan. 

Konsep :

  • Al-Qardhul Hassan (Pinjaman Kebajikan)
  • Al-Wadiah Yad Dhamanah (Simpanan dengan jaminan keatas barang gadaian)
  • Al-Ujrah (Upah)

 

Keistimewaan :

  • Pajak gadai bebas daripada unsur riba'
  • Tiada yuran proses
  • Barang kemas disimpan dengan selamat dan diinsurankan (Takaful)
  • Semua urusan dibuat dihadapan pelanggan di bilik khas 
  • Margin gadaian yang tinggi.

Syarat - syarat Gadaian :

  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara berusia 18 tahun ke atas dan bermastautin tetap
  • Bayaran balik boleh dibuat sekaligus atau ansuran.

 

Had Gadaian :

  • Ar-Rahnu maksimum RM10,000.00 sehari sehingga jumlah terkumpul maksimum RM50,000.00
  • Az-Zahab minimum RM10,001.00 sehari sehingga jumlah terkumpul maksimum RM100,000.00

 

Tempoh Gadaian :

  • Ar-Rahnu maksimum 6 bulan dengan tempoh lanjutan (boleh dirunding).
  • Az-Zahab maksimum 3 tahun jika bayaran sekaligus atau ansuran.
 

 

Anda berada di sini:UTAMA PERNIAGAAN AR-RAHNU